Ahad, 29 Disember 2013

Hobbit Lagi

Selepas kejayaan filem pertama The Hobbit An Unexpected Journey..arahan Peter Jackson The Hobbit 2 "The Desolation Of Smaug".. yang dah mula ditayangkan dipawagam seluruh dunia 13 Disember lepas..filem ini adalah sekuel daripada filem The Lord Of The Ring yang popular pada tahun 2002 lalu,setelah ketiga siri L.O.T.R ... Fellowship Of The Ring...Two Towers & Return Of The King...yang mana filem ini mengisahkan sekumpulan Hobbit yang masih lagi diketuai oleh si Gandalf mengembara dalam misi mencari dan menghapuskan sihir jahat yang menganggu keamanam perkampungan mereka..dapatkah mereka menewaskan seekor raksasa yang dipanggil Smaug mempunyai kuasa sakti yang luarbiasa...apapun kita tengok saja dalam sambungan kedua The Hobbit "The Desolation Of Smaug" nanti...pastikan yang anda tonton itu adalah yang ori dan bukan cetak rompak.
Image from google

 
 

Isnin, 2 Disember 2013

Hilangnya Ikon Fast And Furious

Peminat siri filem Fast And Furious seluruh Dunia dikejutkan dengan berita kematian Ikon utamanya Paul Walker yang memegang watak Brian O'Connor terlibat dalam satu kemalangan jalanraya sabtu lepas di Selatan Amerika Syarikat..dengan Porsche carerra Gt miliknya..Walker yang membintangi lima daripada enam buah siri filem "Fast & Furious" di samping Vin Diesel dan Michelle Rodriguez terkenal dengan wataknya sebagai ejen samaran Brian O'Connor.Paul yang sedang dalam proses menyiapkan filem ke7 Fast n Furious bersama dengan pelakon popular Jason Statham dan juga bintang Muay Thai tersohor Tony Jaa.nampak gayannya terpaksa lah aku lupakan impian aku nak tengok sambungan siri ke7.yang mungkin akan disusun semula jalan cerita asalnya setelah mendapat pengganti watak utama yang mungkin tak sehebat lakonan beliau.
Paul Walker & kereta miliknya yang terlibat (gambar ihsan google)


Jumaat, 25 Oktober 2013

Ronda Kampung Ngan Awek Baru

Petang punya pasal aku boring tak tau nak wat apa asyik menghadap internet saja 24jam hasilnya belum tentu ada...nak bersukan..? aku ni bukan lah jenis kaki main sukan..tiba-tiba saja teringin nak bawak awek baru (Honda CBR1000RR) gi jalan-jalan pusing kampung jelah.Punyalah syok aku pusing sampai lupa kat awek lama aku (Naza GTR150) a.k.a bini paling tua...hadoiii merajuk lagi orang tua tuuu...hehe.
Ada awek baru pun aku tak terlibat laa dengan aktiviti konvoi mengonvoi ni maklum laa minyak mahal sekarang ni...
bini paling tua sentiasa parking kat garaj tuu...masih keadaan baik walaupun secondhand..
tahun depan boleh laaaa aku join konvoi-konvoi kalau umur panjang...hehe

Sabtu, 21 September 2013

Udang Galah Masak 3 Rasa

Tengahari ni aku tak tau nak masak apa..boring asyik makan kat kedai je kadang-kadang tu terpikir laa pulak amalan ni adalah satu pembaziran sebenarnya...so last aku balik rumah bila buka je peti ais terpandanglaa aku pada seekor udang galah sungai pemberian sepupuku 2 hari lepas masih beku dalam peti ais..bila aku letak atas alat penimbang fuhhhh.....800gram besar gak..pikir punya pikir tak tau nak buat apa kat udang galah seekor ni last dapatlaa idea aku nak cuba resepi sendiri....so jom kita kongsi sama.





Udang Galah Masak 3 Rasa

Bahan-bahannya

Seekor udang galah bersaiz 800gram 
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
sebiji bawang besar
2 biji tomato
3 biji cili merah
3 sudu Kicap sotong (jangan lebih sebab kicap ni masin)
1/2 sudu garam
1 sudu gula
2 atau 3 sudu cuka makan
sedikit penambah perisa

Bahan untuk hiasan

Setangkai daun salad 
2 biji buah tomato (potong bulat)
Sebiji bawang besar (potong bulat) 
Cili merah atau hijau 

Cara Membuatnya

1. Bersihkan udang (kalau boleh jangan kupas kulit)..kemudian rebus udang untuk beberapa minit dengan sedikit garam dan sekeping asam gelugur untuk menghilangkan rasa hanyir udang tersebut.kemudian angkat dan toskan seketika.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang yang telah direbus tersebut sehingga kekuningan dan ketepikan.

3. Kisar bawang putih,bawang merah,bawang besar dan juga buah tomato serta cili merah sehingga menjadi hancur.

4. panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi tumis sehingga garing dan kekuningan kemudian masukkan sedikit kicap sotong,sedikit garam,gula dan juga sedikit penambah perisa kacau sehingga baunya wangi kemudian masukkan satu sudu cuka makan.

5.Bila bahan tumisan tadi telah sebati kemudian masukkan udang tadi kacau sehingga rata dengan api yang sedarhana selama beberapa minit.

6. Bila siap angkat dan sedia dihidangkan hiaslah dengan hiasan anda sekreatif mungkin supaya kelihatan menarik.Sekian selamat mencuba.


Khamis, 19 September 2013

Kenangan Zaman Dulu Dulu

Dah lama aku tak aktif nak post cerita cerita terbaru ni oleh sebab tak ada masa dan jugak bahan-bahan terbaru...tapi kali ni aku tak ada new story cuma aku nak bercerita dan berkongsi tentang kenangan lama yang sentiasa dalam kenanganku sampai bila-bila,yang mungkin dah tak ada value bagi anak-anak zaman sekarang ni...almaklumlah zaman sekarang ni macam-macam mainan canggih manggih semuanya tersedia depan mata saja...oklah merepek banyak tak guna...huhu jom kita tengok apa mainan & kenangan masa aku kecik-kecik dulu.

Tora & Ding dang 

Jeng...jeng...jeng Tora datang lagi dengan gasing warna......haaaa masih ingat lagi tak dengan siri iklan ni masa tu dalam tahun 90an..minat punya hal sanggup kumpul duit balik sekolah terus gi beli..masa tu harga dia cuma Rm0.50sen saja tak kisahlaaa janji dapat sekotak..balik rumah buka just ambik mainan je snek kat dalam tu bagi member2 makan yang penting mainan tuu.


Brick Game 99999 in 1

Alat mainan paling popular...haaaa nilah brick game pertama aku dapat..masa tu aku tahun 1992 aku dlm darjah 4..hadiah ni aku dapat dari kakak aku yang tinggal di Johor dulu...hehe nak kata hadiah lulus peksa tu taklah jugak sebab aku pun bukan jenis rajin gak..memandangkan aku anak bongsu darl 6 beradik so apa-apa aku yang dapat dulu masa tu..hehe dapat je mainan ni habis member seangkatan aku dulu datang dari paling best friend sampailah ke musuh ketat aku dulu pakat datang mengecek nak cuba main maklumlah dulu cukup mahal jarang member2 dapat beli so aku ni kira bertuahlah..main punya main sampai tak ingat nak mandi...heheee.

Video game Tape a.k.a Nintendo

Dari brick game dulu aku upgrade ke video game tv laa pulak....hehe naik je tingkatan 1 aku dapat hadiah video game ni dari Ayah aku (arwah)..mainan ni keluar tahun 1993..bukan hadiah lulus peksa gak..just mainan kat rumah je..memandangkan aku ni anak yang dengar cakap mak ayah so balik sekolah duk kat rumah jee..tupun sebab ada game nih..kalu tak memang serata alam laa aku merayap macam macam aktiviti aku buat ngan geng2 mandi sungai... lastik burung...(termasuk buah mangga sekali )..hehe budak lah katakan..so masa game ni famous bukan aku jee yang ada tapi member2 aku pun masing-masing ada so kita orang boleh laa kongsi pinjam tape..maklumlah nak beli mahal wehhh..game popular masa tu antaranya Supermario Bros....Double Dragon....Super Tank....Ninja Turtle....Galaxian....Sky Destroyer..and then banyak lagiii kalau tulis pom tak cukup ruang nantikan...tapi sekarang ni dengan kecanggihan alat mainan dari Playstation hinggalah Xbox yang mencecah puluhan ribu ringgit membuatkan game sebegini semakin dilupakan yang tinggal hanyalah kenangan kat dalam blog ni jer...hehehee
 Space Cop Gaban
Haa....nilah cerita kegemaran aku dulu masa tahun 1992 space cop gaban..waktu tayangan dia pukul 4.30 petang..disebabkan terlalu taksub..dengan kuasa-kuasa yang dimilikinya melawan makhluk hodoh bernama Gorgon sehinggakan aku sanggup ponteng kelas petang dulu...ah..tak kisahlah cikgu nak marah pom paling kurang rotan sedas je janji aku dapat tengok citer ni jee..

habis je citer space cop gaban yang memang meraban tu aku setia menunggu citer kartun Doraemon laaa pulak..ni kartun seangkatan lah dengan Space cop gaban tu cuma waktu citer ni jam 7.00 petang..huiii aku memang minat giler laa mana taknya seekor kartun kucing yang mempunyai kocek yang serba serbi dikeluarkan dari sekecil batang pensil sampailah sebuah almari yang besar...paling aku best bila geng-geng ni kumpul pasti ada laa watak si nakal sijayen dan suneo tu membuli si nobita yang sentiasa lemah semangat.bila
kena buli jee balik ngamuk kat doraemon...huhu doraemon zaman sekarang ni dah tak seindah dulu lagi dah.
terasa macam setahun dua yang dah lepas jee bila di flash back semula kenangan waktu kecik dulu....

Ahad, 1 September 2013

Resepi Puding Karamel Kastard

Hari ni aku nak post pasal masakan kegemaran aku....haha tentu korang semua selalu makan atau pernah mencuba resepi kuih kegemaran ni..bukannya susah sangat nak buat puding seringkas ABC ni..kalau korang semua nak tahu haaaa....nilah hasilnya bila time boring duk kat rumah..tapi kali ni aku tak mahu cerita pasal kuih ni tapi nak kongsi resepi dia sekali..
Puding caramel Kastard

PUDING CARAMEL BERKASTARD

Bahan-bahan yang perlu

10 biji telur  ( terpulang pada anda kalau nak buat banyak )
1 tin susu krimer pekat manis ( tak kira jenama apa janji susu pekat manis )
3atau 4 sudu tepung kastard
4 sudu gula ( dicairkan dengan suhu api sederhana )
1 tin air ( gunakan tin susu tadi untuk menyukat air )

Cara-cara membuatnya

 1.  4 sudu gula tadi hendaklah dicairkan dan disejukkan terlebih dulu
Pukul telur tadi sehingga sebati kemudian masukkan tepung kastard dan pukul lagi sehingga rata

2. Masukkan setin susu krimer pekat manis kedalam adunan telur & tepung tadi..kacau sebati kemudian masukkan air mengikut sukatan susu.kacau sehingga sebati.

3. Tuangkan adunan yang telah sebati tadi kedalam loyang yang disejukkan gula tadi..panaskan alat pengukus...akhir sekali kukus puding caramel kastard anda sehingga masak.

Sekian Selamat Mencuba

Jumaat, 30 Ogos 2013

Game Paling Popular Di Facebook

FARMVILLE
Adakah anda memiliki akaun facebook .Mustahil jikalau anda tidak mempunyai akaun facebook,oleh kerana zaman sekarang ini facebook amat mudah dimiliki tidak mengira peringkat usia dari kanak-kanak hinggalah orang dewasa sekurang-kurangnya memiliki akaun facebook,disebabkan terlalu ramai manusia diseluruh dunia menghabiskan masa setiap hari menghadap facebook tidak kiralah sama ada berchating mahupun bermain aplikasi yang disediakan didalamnya,disebabkan kecanggihan yang dimiliki facebook lantas membuatkan facebook menjadi laman sosial yang berada pada ranking pertama dunia selain dari laman Twitter mahupun seangkatan dengannya..Kali ini Blogger KEMANA KITA ingin bercerita tentang game paling popular yang terdapat dalam akaun facebook,apa yang saya tahu terdapat beratus applikasi yang disediakan didalam setiap akaun facebook anda tetapi kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang game paling famous dan paling top.dan mencatat bilangan pemain sebanyak 39,241,508 0rang seluruh dunia
Antaranya game farmville...game bercucuk tanam,dizaman kecanggihan ini anda yang tidak pernah melakukan aktiviti bercucuk tanam secara langsung anda bolehlah cuba belajar dengan bermain farmville.tetapi anda mesti ingat melakukan aktiviti disini tidak mengeluarkan peluh yang sebenar,anda boleh melakukan aktiviti bercucuk tanam,membaja menghias ladang dengan kreativiti anda dan menuai hasil bila cukup masa yang diberikan ia boleh diibaratkan seperti anda benar-benar berada diladang sekiranya anda betul-betul memanfaatkannya tetapi jangan anda gunakan moto 'pertanian adalah perniagaan' sebabnya game ini hanyalah 'permainan adalah permainan' bermula dari sekecil ladang hinggalah anda diberikan pangkat sebagai "genius farmer".
Nilah ladang farmville saya punya
Disebabkan terlalu minat saya pun turut mencuba juga bermain game ini bermula dari level 1 tapi berhenti sampai level 100 setelah mendapat pangkat Genius farmer.atas alasan terlalu sibuk dengan urusan harian sehinggakan tiada masa untuk kembali bercucuk tanam semula.
 
TEXAS HOLDEM POKER
Satu lagi game kegemaran yang saya turut main sewaktu masa terluang selain dari bercucuk tanam...Poker..game aka judi jika dimain didalam kasino,tetapi sekiranya anda melakukan aktiviti menjual dan membeli cip dengan pemain-pemain lain ia boleh dianggap sebagai judi sebenar...tetapi saya hanyalah bermain sekadar waktu lapang sahaja dan tidak pernah melakukan aktiviti jual beli cip.kepada anda semua yang baru mula berjinak dengan permainan ini tidak salah untuk bermain sekadar permainan biasa sahaja tapi sekiranya anda mempunyai banyak cip anda harus berwaspada dengan kehadiran hackers-hackers sememangnya berminat untuk mencuri cip daripada akaun poker anda,so elakkan dari menerima buddy dan friend yang anda tidak mengenali,berdasarkan pengalaman yang saya lalui setelah cip poker saya berjumlah 1,407,968,453M telah dihack dan dilarikan oleh hacker-hackers tidak sampai 10minit sahaja semua cip saya dicuri,terasa bengang-sebengangnya tapi apa nak buat sebab diorang semua ni lebih hebat dari pemain poker yang sebenar.
Akaun poker milikku
gambar diatas adalah jumlah cip yang saya miliki memang lumayan sekiranya anda benar-benar hebat bermain,tetapi sayangnya sebaik cukup 1,407,968,453M.semua cip-cip kepunyaanku telah disedut oleh para hacker-hackers yang sentiasa kelaparan cip free.

Rabu, 28 Ogos 2013

Trip Memancing Di Tasik Kenyir

Memancing di Tasik Kenyir tidak harus dilepaskan setelah sekian lama dirancang namun menjadi kenyataan pada awal tahun ini aku dan rakan-rakanku menjejakkan kaki ke sana untuk Trip memancing di hulu sungai Tasik Kenyir dengan menyewa sebuah houseboat bersaiz sederhana yang muat seramai 13 orang,

Toman seberat 3.2kg rezeki diwaktu pagi
Inilah hasil casting aku dan geng2ku dihari pertama
Trip selama 3hari 2malam ini penuh dengan acara memancing,perjalanan selama 5jam dengan menaiki houseboat bermula dari jeti Empangan Hidro Tasik Kenyir menuju ke hulu sungai diketuai sepupuku yang bertugas sebagai juruteknik TNB di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (Tasik Kenyir).
hasil casting hari ke2
Rezeki hasil dari memancing dengan geng2
Kepuasan terpancar pada wajah-wajah geng2ku semua apabila dapat merasa trip memancing di hulu sungai bermacam-macam acara memancing mengunakan umpan buah kelapa sawit peram,umpan dedak,umpan perut ayam dan paling memuaskan sekali adalah umpan casting,mangsa casting adalah Sebarau dan Toman.

menjamu selera ditengah2 kehijauan tasik
Sarapan pagi dengan nasi lemak ala cafe
Hasil tangkapan ikan baung dengan sebarau dimasak gulai tempoyak..fuhhh sungguh menyelerakan satu periuk 13 orang makan sekali serang habis licin.
Pemandangan diwaktu subuh
Indahnya Tasik Kenyir
Sekiranya anda berminat untuk datang bercuti ditasik Kenyir anda bolehlah datang ke Negeri Terengganu buat tempahan houseboat mengikut kemampuan individu.banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang boleh anda lawati di sekitar Tasik Kenyir.


Banjir Awal Tahun

Hujung tahun pastinya tiba musim tengkujuh.terutama penduduk yang berada di Pantai Timur Kelantan Pahang dan Terengganu menyambut kedatangan musim banjir,hujan turun selama beberapa bulan menjejaskan pendapatan para nelayan dan juga petani serta peneroka yang tidak dapat keluar mencari rezeki.KEMANA KITA ingin berkongsi dan meninjau pengalaman bermain banjir dengan anda semua.
Salah satu pengangkutan utama dimusim banjir
Aku juga tak lepas peluang main banjir
Banjir melanda Daerahku buat kali kedua pada awal tahun ini,hujan turun dengan lebat selama beberapa hari memecahkan projek Empangan Hidro yang sedang dalam pembinaan,menyebabkan banyak kerugian dikalangan penduduk kampung.
Paras Air semakin surut
Anak-anak kecil tidak melepaskan peluang bermain banjir
Kemeriahan bermain dimusim banjir sememangnya ibarat satu pesta yang dinantikan ketibaannya tetapi berwaspadalah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini akhir kata awasilah anak-anak anda di musim banjir ini.