Rabu, 28 Ogos 2013

Trip Memancing Di Tasik Kenyir

Memancing di Tasik Kenyir tidak harus dilepaskan setelah sekian lama dirancang namun menjadi kenyataan pada awal tahun ini aku dan rakan-rakanku menjejakkan kaki ke sana untuk Trip memancing di hulu sungai Tasik Kenyir dengan menyewa sebuah houseboat bersaiz sederhana yang muat seramai 13 orang,

Toman seberat 3.2kg rezeki diwaktu pagi
Inilah hasil casting aku dan geng2ku dihari pertama
Trip selama 3hari 2malam ini penuh dengan acara memancing,perjalanan selama 5jam dengan menaiki houseboat bermula dari jeti Empangan Hidro Tasik Kenyir menuju ke hulu sungai diketuai sepupuku yang bertugas sebagai juruteknik TNB di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (Tasik Kenyir).
hasil casting hari ke2
Rezeki hasil dari memancing dengan geng2
Kepuasan terpancar pada wajah-wajah geng2ku semua apabila dapat merasa trip memancing di hulu sungai bermacam-macam acara memancing mengunakan umpan buah kelapa sawit peram,umpan dedak,umpan perut ayam dan paling memuaskan sekali adalah umpan casting,mangsa casting adalah Sebarau dan Toman.

menjamu selera ditengah2 kehijauan tasik
Sarapan pagi dengan nasi lemak ala cafe
Hasil tangkapan ikan baung dengan sebarau dimasak gulai tempoyak..fuhhh sungguh menyelerakan satu periuk 13 orang makan sekali serang habis licin.
Pemandangan diwaktu subuh
Indahnya Tasik Kenyir
Sekiranya anda berminat untuk datang bercuti ditasik Kenyir anda bolehlah datang ke Negeri Terengganu buat tempahan houseboat mengikut kemampuan individu.banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang boleh anda lawati di sekitar Tasik Kenyir.


Banjir Awal Tahun

Hujung tahun pastinya tiba musim tengkujuh.terutama penduduk yang berada di Pantai Timur Kelantan Pahang dan Terengganu menyambut kedatangan musim banjir,hujan turun selama beberapa bulan menjejaskan pendapatan para nelayan dan juga petani serta peneroka yang tidak dapat keluar mencari rezeki.KEMANA KITA ingin berkongsi dan meninjau pengalaman bermain banjir dengan anda semua.
Salah satu pengangkutan utama dimusim banjir
Aku juga tak lepas peluang main banjir
Banjir melanda Daerahku buat kali kedua pada awal tahun ini,hujan turun dengan lebat selama beberapa hari memecahkan projek Empangan Hidro yang sedang dalam pembinaan,menyebabkan banyak kerugian dikalangan penduduk kampung.
Paras Air semakin surut
Anak-anak kecil tidak melepaskan peluang bermain banjir
Kemeriahan bermain dimusim banjir sememangnya ibarat satu pesta yang dinantikan ketibaannya tetapi berwaspadalah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini akhir kata awasilah anak-anak anda di musim banjir ini.