Ahad, 8 Jun 2014

Mati Semut Kerana Gula

Pepatah menyebut kerana gula mati semut...begitu juga dengan kisah sekumpulan semut yang sanggup berperang demi berebut setin gula yang dicuri di tempat si manusia yang sedang berkhelah....pertempuran antara semut hitam dengan sekumpulan semut merah yang datang menceroboh di istana dengan membawa bermacam senjata seolah-olah kita menonton filem trilogi L.O.T.R suatu ketika dulu...huhu menarik kan..itu hanya sebahagian dari ulasan sebuah movie bisu yang terbaru  Minuscule Valley On The Lost Ants
sebuah filem yang mengisahkan sekumpulan serangga halus yang sanggup bertarung dengan berbagai halangan demi menyelamatkan makanan yang dibawa untuk dipersembahkan pada si raja yang sedang menunggu dalam istana...kesimpulannya walaupun cerita ni tidak menggunakan sepatah suara dari manusia mahupun sarikata tetapi dapat kita fahami jalan cerita apabila anda menonton filem ini nanti.