Ahad, 15 November 2015

Sekadar Berbicara

Lama sudah aku tak update blog nih..bukan tak ada masa bukan tak ada bahan tapi aku pun dah hilang selera nak main blog,aku pun tak tahu apa bahan aku nak update...nak update pasal politik aku nih bukan lah orang politik...then aku pun tak berminat nak amik tau pasal politikus mistikus nih...silap buh aku kena baham..memandangkan aku ni orang kebawahan  je so biasa2 laa ekkk...biarlaa aku dengan cara aku sendiri..bak kata orang kelate "kalu dhe kito nih ore kelas debet jah..tengok jah laa..nok ngambat tok leh..tidur netang letok tange atah dahi pah tu koya laa sapa nero tido". Dunia sekarang ni pun sudah kepenghujungnya mungkin...dengan kecanggihan teknologi yang bermacam2 whatsapp..instagram...wechat...tweeter...facebook...dan macam-macam lagi lah..bermula dari bayi yang baru keluar dari perut ibu sudahpun didedahkan dengan kecanggihan teknologi yang bakal membawa kita semua hanyut kealam lain..fitnah memfitnah kutuk mengutuk adalah perkara biasa setiap manusia yang hidup di alam maya ini..ibarat seperti cicak yang melekat didinding..tersilap sedikit bila-bila masa saja boleh jatuh kelantai.

Sabtu, 2 Mei 2015

Aku & Harley

First time aku dapat test ride Harley memang cukup teruja maklum sajalah dah lama aku tak menunggang motorsikal berkuasa tinggi setelah sekian lama GTR yang aku miliki tersadai dibelakang rumah setelah sistem eletroniknya tak dapat dihidupkan entah apakah puncanya secara tiba-tiba saja buat hal.pendek cerita terpaksa lah aku sadaikan kat belakang rumah buat sementara.


Hari ni aku dapat je ride Harley Davidson sporster 1200cc memang powerlah.sampai kering minyak bawak pusing keliling kampung.....awek jeling pun aku tak layan..hahaha cammana nak layan kalau dah single seat..

 (update by Asus fonepad)









Selasa, 23 Disember 2014

The Battle Of The Five Army

Tak sabar rasanya nak tengok sambungan ke 3 Filem yang mengisahkan sekumpulan pahlawan kerdil yang masih lagi diketuai oleh Ian Mckellan yang memegang watak sebagai Gandalf dalam Ke3 siri filem ini.Walaupun sebahagian besar pelakon yang beraksi dalam siri The Hobbit ini adalah pelakon asal ke3 siri trilogi L.O.T.R dulu masih lagi memegang watak masing-masing antaranya Orlando Bloom yang masih mengekalkan wataknya sebagai pemanah tepat..filem yang diadaptasikan dari novel fantasi karya J.R.R TOLKIEN ini berjaya difilemkan.
Pics from Google image



The Battle Of The Five Army adakah ia siri terakhir atau masih lagi mempunyai sambungan seterusnya.
Filem terbaik yang diarahkan oleh Peter Jackson setelah kejaayan beliau mengarahkan ke3 siri L.O.T.R beberapa tahun dulu,banyak lagi filem arahan beliau yang tak sempat aku ikuti hanyalah 2 siri trilogi ini sahaja yang berjaya memikat hatiku untuk mengumpul kesemua 6 daripada 2 siri filem trilogi arahan beliau...tahniah atas kejayaan beliau..harap selepas ini akan ada lagi filem Trilogi seperti ini....apapun jom kita sama-sama tengok filem yang akan ditayangkan Disember ini.. 

Isnin, 15 Disember 2014

Gelombang Kedua Pula

Sudah 2 hari hujan lebat lebat tanpa henti tanda-tanda awal banjir akan berlaku lagi di kawasan pantai timur..musim begini sememangnya ditunggu oleh sesetengah penduduk kampung yang mencari rezeki dengan menjual hasil tanaman dan hasil pencarian yang berkaitan dengan musim banjir..bermacam-macam hasil jualan yang ditanam sendiri.
ubi kayu antaranya yang paling mendapat sambutan tinggi selain dari ikan sungai...harga ubi kayu akan meningkat tinggi antara RM3 hingga RM5 sekilo berbanding pada musim biasa hanya RM2 sekilo sahaja..makanan alternatif musim banjir tak kira pangkat..usia..mahupun status..ubi kayu mesti popular punya... Bila makan rebus cicah kelapa tambah pula dengan kopi O panas...maunya sekilo tak cukup...hahaha 

Sabtu, 9 Ogos 2014

Lagi lagi Expandable

Selepas kejayaan filem pertama dan kedua siri The Expandable kali ini filem tersohor keluar lagi dengan siri ke3.Filem terbitan LIONSGATE kembali beraksi dengan sekumpulan otai-otai king yang sememangnya dinantikan kemunculannya beraksi.Walaupun watak otainya dikekalkan namun ada lagi watak baru yang ditambah untuk menguatkan lagi pasukannya berperang menyelamatkan tebusan antara watak baru yang diambil dalam siri ke3 kali ini  ialah Antonio Banderas..Mel Gibson..Glenn Powell..Harisson Ford..Wesley Snipes..Randy Couture..&ramai lagi tak habis lah nak sebutt...













Walaupun siri kedua watak Jet Li ditiadakan tetapi kali ini Watak Jet Li dihidupkan semula bagi menguatkan lagi filem Expandable...Bagi anda yang meminati siri ini pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menonton dan menilai sendiri kelemahan dan kekuatan yang ada pada filem ini...itu cuma ulasan saya....apa pula ulasan anda...apa pun jom sama-sama kita tonton... :)

Ahad, 8 Jun 2014

Mati Semut Kerana Gula

Pepatah menyebut kerana gula mati semut...begitu juga dengan kisah sekumpulan semut yang sanggup berperang demi berebut setin gula yang dicuri di tempat si manusia yang sedang berkhelah....pertempuran antara semut hitam dengan sekumpulan semut merah yang datang menceroboh di istana dengan membawa bermacam senjata seolah-olah kita menonton filem trilogi L.O.T.R suatu ketika dulu...huhu menarik kan..itu hanya sebahagian dari ulasan sebuah movie bisu yang terbaru  Minuscule Valley On The Lost Ants
sebuah filem yang mengisahkan sekumpulan serangga halus yang sanggup bertarung dengan berbagai halangan demi menyelamatkan makanan yang dibawa untuk dipersembahkan pada si raja yang sedang menunggu dalam istana...kesimpulannya walaupun cerita ni tidak menggunakan sepatah suara dari manusia mahupun sarikata tetapi dapat kita fahami jalan cerita apabila anda menonton filem ini nanti.

Jumaat, 23 Mei 2014

Jangan Sekadar Naik Saja

Negara kita ni terlalu banyak bilangan kenderaan yang bermaharajalela di jalanraya bermacam macam jenama dan model..semakin hari semakin bertambah...jumlahnya.Yang pasti kadar kemalangan maut pun semakin bertambah dari hari ke hari... Tapi apa kaitan dengan aku pulak...hehe sebut pasal kenderaan ni mungkin juga korang jarang tahu dari mana..jenis apa..model apa...keluaran apa..dari negara mana kenderaan ni dikeluarkan...but dont worry..kali ni aku nak berkongsi dengan anda semua tentang negara asal kenderaan yang anda miliki sekarang.Just sekadar ingin tahu dan berkongsi maklumat sahaja.

Berikut dibawah ni adalah sebahagian dari Negara pengeluar kenderaan yang aku tahu laa...

Jepun
Daihatsu, Hino, Honda, Infiniti, Isuzu, Lexus, Mazda, Mitsubishi, Mitsuoka, Nissan, Subaru, Suzuki, Toyota

Korea
Daewoo, Hyundai, KIA, Ssangyong

China
Aofeng, BAW, Besturn, Brilliance, BYD, Chana, Changhe, Chery, Dongfeng, Freewind, Geely, Gonow, Hafei, Haima, Hawtai, Hongqi, JAC, Jiaxing, Jinbei, Jubao, Kaima, Lifan, Maple, Nanjun, Qingling, Rely, Riich, Soueast, Soyat, Vita, Xiali, Youngman, Yuejin 

Taiwan
Kuozui
 
India
Mahindra, Tata

Malaysia
HICOM, Perodua, Proton

Australia
Bufori, Holden

USA
Acura, Buick, Cadillac, Chevrolet, Chrysler, Dodge, Fisker, Ford, Freightliner, GMC, Jeep, Lincoln, Mack, Ram, Rossion, Saleen, Scion, Thomas Built, Vector, Western Star

UK
Ascari, Aston Martin, Bentley, Ginetta, GKD, Jaguar, Land Rover, Lotus, McLaren, MG, Mini, Morgan, Noble, Rolls-Royce, Sebring, TVR, Vauxhall

Jerman
Audi, BMW, Gumpert, Isdera, Maybach, Mercedes-Benz, Man, Opel, Porsche, Setra, Smart, Volkswagen, Wiesmann

Perancis
Bugatti, Citroen, Hommell, Peugeot, PGO, Renault

Itali
Abarth, Alfa Romeo, Ferrari, Fiat, Iveco, Lamborghini, Lancia, Maserati, Pagani

Republik Czech
Skoda

Sweden
Koenigsegg, Saab, Scania, Volvo