Rabu, 28 Ogos 2013

Banjir Awal Tahun

Hujung tahun pastinya tiba musim tengkujuh.terutama penduduk yang berada di Pantai Timur Kelantan Pahang dan Terengganu menyambut kedatangan musim banjir,hujan turun selama beberapa bulan menjejaskan pendapatan para nelayan dan juga petani serta peneroka yang tidak dapat keluar mencari rezeki.KEMANA KITA ingin berkongsi dan meninjau pengalaman bermain banjir dengan anda semua.
Salah satu pengangkutan utama dimusim banjir
Aku juga tak lepas peluang main banjir
Banjir melanda Daerahku buat kali kedua pada awal tahun ini,hujan turun dengan lebat selama beberapa hari memecahkan projek Empangan Hidro yang sedang dalam pembinaan,menyebabkan banyak kerugian dikalangan penduduk kampung.
Paras Air semakin surut
Anak-anak kecil tidak melepaskan peluang bermain banjir
Kemeriahan bermain dimusim banjir sememangnya ibarat satu pesta yang dinantikan ketibaannya tetapi berwaspadalah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini akhir kata awasilah anak-anak anda di musim banjir ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan