Ahad, 1 September 2013

Resepi Puding Karamel Kastard

Hari ni aku nak post pasal masakan kegemaran aku....haha tentu korang semua selalu makan atau pernah mencuba resepi kuih kegemaran ni..bukannya susah sangat nak buat puding seringkas ABC ni..kalau korang semua nak tahu haaaa....nilah hasilnya bila time boring duk kat rumah..tapi kali ni aku tak mahu cerita pasal kuih ni tapi nak kongsi resepi dia sekali..
Puding caramel Kastard

PUDING CARAMEL BERKASTARD

Bahan-bahan yang perlu

10 biji telur  ( terpulang pada anda kalau nak buat banyak )
1 tin susu krimer pekat manis ( tak kira jenama apa janji susu pekat manis )
3atau 4 sudu tepung kastard
4 sudu gula ( dicairkan dengan suhu api sederhana )
1 tin air ( gunakan tin susu tadi untuk menyukat air )

Cara-cara membuatnya

 1.  4 sudu gula tadi hendaklah dicairkan dan disejukkan terlebih dulu
Pukul telur tadi sehingga sebati kemudian masukkan tepung kastard dan pukul lagi sehingga rata

2. Masukkan setin susu krimer pekat manis kedalam adunan telur & tepung tadi..kacau sebati kemudian masukkan air mengikut sukatan susu.kacau sehingga sebati.

3. Tuangkan adunan yang telah sebati tadi kedalam loyang yang disejukkan gula tadi..panaskan alat pengukus...akhir sekali kukus puding caramel kastard anda sehingga masak.

Sekian Selamat Mencuba

1 ulasan: