Puaka Lubuk Kukur
Usai
berjemaah
bersama penduduk disurau kecil hujung Kampung,Pak Akob menunggang kapcai separa
umurnya menuju ke sebuah warung tepi jalan dikampung Paya Keladi,suasana malam
yang gelap dan sunyi Pak Akob setia menunggang kapcainya dengan lampu yang
malap ditambah pula dengan keadaan jalan yang banyak berlubang sekali sekala
dia sempat mengelak lopak jalan yang kecil kerap kali juga dia terjun kedalam
lubang yang besar namun hatinya cekal sudah menjadi rutin harian Pak Akob setiap
malam setelah selesai berjemaah bersama dengan penduduk kampung dia terus
menuju ke warung yang boleh dikatakan agak popular dikalangan penduduk kampung
itu dan penduduk sekitarnya.Sesekali ada juga pelanggang dari Luar Daerah yang
singgah,dari bermain dam bermacam-macam cerita yang boleh didengari bermula
dengan cerita berkaitan hal kampung sehinggalah menjurus kepada cerita umpat
mengumpat yang disampaikan penduduk.Dari jauh lagi kelihatan orang ramai
sudahpun memenuhi meja warung untuk menonton siaran bola yang sama setiap malam
“Hmmmm….diaorang ni dah tak ada
cerita lain gamaknya dari minggu lepas lagi asyik tengok bola sama saja” Pak
Akob merungut sendirian ssetelah melabuhkan tongkat kapcainya yang separuh senget,sebaik
sahaja kaki Pak Akob memijak tanah tiba-tiba terasa seperti bahunya ditepuk
perlahan diringi dengan satu bauan yang cukup wangi lantas berubah dengan bau
yang amat meloyakan“hishh…bau apa pulak
ni tiba-tiba malam ni ada bau selama
ni tak pernah pun” desis pak akob sendirian tanpa menghiraukan dan terus
melangkah masuk ke warung walaupun timbul sedikit keresahan dalam hatinya,selama
ini belum pernah lagi hidungnya terhidu bauan sebegitu.Barangkali si Sahak ni
lupa nak tanam bangkai kucing yang mati kena langgar beberapa hari lepas
agaknya tapi kenapa?,..ahhh lupakan aje lah benda-benda karut macam ni.
“Lewat sampai malam ni Pak akob..ada
jamuan ke malam ni..?”. Tegur Haji Salleh,Pak Akob
tersentak dari lamunan Pak Akob.Yang ni lagi sorang nama saja Haji solat jemaah
jarang sekali,diajaknya gotong royong disurau jauh sekali bila ada jamuan makan
laju pulak perginya.dengus Pak Akob.
“Malam isnin biasalah giliran Ustaz
Ali mengajar tajwid..orang tu soal orang ni soal banyak pulak soalan lambatlah selesai..dah
Haji malam ni kenapa tak ke surau” balas Pak Akob Haji Salleh
hanya diam menggerutu kepalanya yang beruban putih persis bulu biri-biri tua.
“Sahak buatkan aku kopi tongkat ali”
.Pinta Pak Akob belum pun sempat Sahak bertanya.
“Aih..tiba-tiba malam ni tongkat ali..dah
ubah selera ye Pak Akob..”Sampuk si Dollah yang sedang
bertarung dam,seolah-olah jaguh menangnya tidak sekali jika diberi lawan dengan
murid tadika pun belum tentunya menang si Dollah
“Hanya orang tua-tua saja yang tau
nikmat tongkat ali ni Dollah…kamu apa yang taunye..”.Sindir Pak akob lantas
Dollah ketawa terbahak-bahak mendengar sindiran Pak Akob.
Namun
mata pak akob melilau mencari Wak Leman yang tidak kelihatan di warung pada
malam itu.Biasanya Wak Lemanlah menjadi pelanggan tetap dari hari pertama sahak
membuka warung sehinggalah hari ini Wak Leman setia menunggu warung Sahak
setiap masa baik pagi mahupun petang hinggalah malam pula tiba,walhal warung Sahak
tidak mempunyai pelayan yang comel hanyalah dengan kelembutan Sahak barangkali
cukup membuatkan Wak Leman menjadi penunggu setia di warung ini.
“Mana Wak Leman malam ni tak ada
pulak aku tengok,biasa tiap-tiap hari ditunggu si sahak ni..tetiba malam ni tak
ada pulak?” Pak Akob bertanya tangannya meraba-raba
rokok dalam kocek kemejanya,lalu diletakkan diatas meja.
“Tadi dia kata nak turun menjala anak umpan
kat paya,tapi tak taulah pulak dah pergi ke belum
lagi,masa aku datang sini tadi dia ada
lagi depan rumah” Jawab Haji salleh
meyakinkan
Pak Akob tidak perlu ditanya lagi dengan siapa Wak Leman turun menjala,satu
kampung sudah tahu bahawa Wak Leman bukanlah calang-calang orangnya kalau bab
memburu dihutan tidak akan pulang dengan tangan kosong,pernah satu ketika dulu
Wak Leman keluar kehutan selama seminggu mencari kayu gaharu hanyalah seorang
diri saja tanpa ditemani sesiapa mahupun anak-anaknya.Sedari kecil lagi Wak Leman
sudah diajar ilmu selok belok masuk hutan oleh ayahnya seorang bomoh yang
handal mengubati orang dan juga mencari orang-orang sesat dalam hutan,segala
ilmu bomoh kini diturunkan pula pada Wak Leman sebelum arwah ayahnya meninggal
hampir 10tahun lalu,Sayangnya Wak Leman tidak pernah menggunakan ilmu bomoh
yang ada pada dirinya untuk mengubati orang yang sakit.
“Kamu ni Sahak minggu lepas
lagi aku tengok asyik pasang bola sama je apa tv kamu nih tak ada
cerita lain gamaknya?”Pak Akob merepek
disedut sedalam-dalam asap gudang garam berkepul-kepul asap dihembus keluar tak
ubah seperti serombong kapal.
“Alaa Pak Akob ni takkan nak
pasang cerita hantu dibuatnya semua orang kampung ni tidur
dalam kedai saya malam ni..nanti bini-bini
diaorang kat rumah mengamuk sakanlah”.Jawab Sahak dengan penuh lembut dan
sopan.
“Tak adanya bini-bini dia orang
ni nak mengamuk pasal apa pulak…bukannya kamu ni
perempuan?”. Sampuk Dollah membuatkan
satu kedai ketawa.
“Lantak kamulah Dollah..dah 2
jam teh o tak habis-habis lagi kejap lagi aku dah nak tutup kedai
kamu nak jadi jaga kat warung aku ni ke Dollah”
Sahak mencebikkan bibirnya yang tebal tak ubah seperti bibir yang disengat
tebuan tanah,Dollah mati kutu memikirkan cara mengalahkan lawan dam entah
berapa papan dihadapnya dari lepas maghrib hinggalah terlanjur ke larut malam
hanya itulah aktiviti si Dollah,segelas teh kosong sudah cukup untuk dia
menapak beberapa jam setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan