Rabu, 18 Oktober 2017

Permulaan kepada sebuah cerita


Puaka Lubuk Kukur

Usai berjemaah bersama penduduk disurau kecil hujung Kampung,Pak Akob menunggang kapcai separa umurnya menuju ke sebuah warung tepi jalan dikampung Paya Keladi,suasana malam yang gelap dan sunyi Pak Akob setia menunggang kapcainya dengan lampu yang malap ditambah pula dengan keadaan jalan yang banyak berlubang sekali sekala dia sempat mengelak lopak jalan yang kecil kerap kali juga dia terjun kedalam lubang yang besar namun hatinya cekal sudah menjadi rutin harian Pak Akob setiap malam setelah selesai berjemaah bersama dengan penduduk kampung dia terus menuju ke warung yang boleh dikatakan agak popular dikalangan penduduk kampung itu dan penduduk sekitarnya.Sesekali ada juga pelanggang dari Luar Daerah yang singgah,dari bermain dam bermacam-macam cerita yang boleh didengari bermula dengan cerita berkaitan hal kampung sehinggalah menjurus kepada cerita umpat mengumpat yang disampaikan penduduk.Dari jauh lagi kelihatan orang ramai sudahpun memenuhi meja warung untuk menonton siaran bola yang sama setiap malam
            “Hmmmm….diaorang ni dah tak ada cerita lain gamaknya dari minggu lepas lagi asyik tengok bola sama saja” Pak Akob merungut sendirian ssetelah melabuhkan tongkat kapcainya yang separuh senget,sebaik sahaja kaki Pak Akob memijak tanah tiba-tiba terasa seperti bahunya ditepuk perlahan diringi dengan satu bauan yang cukup wangi lantas berubah dengan bau yang amat meloyakan“hishh…bau apa pulak ni tiba-tiba malam ni ada bau selama ni tak pernah pun” desis pak akob sendirian tanpa menghiraukan dan terus melangkah masuk ke warung walaupun timbul sedikit keresahan dalam hatinya,selama ini belum pernah lagi hidungnya terhidu bauan sebegitu.Barangkali si Sahak ni lupa nak tanam bangkai kucing yang mati kena langgar beberapa hari lepas agaknya tapi kenapa?,..ahhh lupakan aje lah benda-benda karut macam ni.
“Lewat sampai malam ni Pak akob..ada jamuan ke malam ni..?”. Tegur Haji Salleh,Pak Akob tersentak dari lamunan Pak Akob.Yang ni lagi sorang nama saja Haji solat jemaah jarang sekali,diajaknya gotong royong disurau jauh sekali bila ada jamuan makan laju pulak perginya.dengus Pak Akob.
            “Malam isnin biasalah giliran Ustaz Ali mengajar tajwid..orang tu soal orang ni soal banyak pulak soalan lambatlah selesai..dah Haji malam ni kenapa tak ke surau” balas Pak Akob Haji Salleh hanya diam menggerutu kepalanya yang beruban putih persis bulu biri-biri tua.
           “Sahak buatkan aku kopi tongkat ali” .Pinta Pak Akob belum pun sempat Sahak bertanya.
            “Aih..tiba-tiba malam ni tongkat ali..dah ubah selera ye Pak Akob..”Sampuk si Dollah yang sedang bertarung dam,seolah-olah jaguh menangnya tidak sekali jika diberi lawan dengan murid tadika pun belum tentunya menang si Dollah
        “Hanya orang tua-tua saja yang tau nikmat tongkat ali ni Dollah…kamu apa yang taunye..”.Sindir Pak akob lantas Dollah ketawa terbahak-bahak mendengar sindiran Pak Akob.
Namun mata pak akob melilau mencari Wak Leman yang tidak kelihatan di warung pada malam itu.Biasanya Wak Lemanlah menjadi pelanggan tetap dari hari pertama sahak membuka warung sehinggalah hari ini Wak Leman setia menunggu warung Sahak setiap masa baik pagi mahupun petang hinggalah malam pula tiba,walhal warung Sahak tidak mempunyai pelayan yang comel hanyalah dengan kelembutan Sahak barangkali cukup membuatkan Wak Leman menjadi penunggu setia di warung ini.
             “Mana Wak Leman malam ni tak ada pulak aku tengok,biasa tiap-tiap hari ditunggu si sahak ni..tetiba malam ni tak ada pulak?” Pak Akob bertanya tangannya meraba-raba rokok dalam kocek kemejanya,lalu diletakkan diatas meja.
            “Tadi dia kata nak turun menjala anak umpan kat paya,tapi tak taulah pulak dah pergi ke belum lagi,masa aku datang sini tadi dia ada lagi depan rumah” Jawab Haji salleh
meyakinkan Pak Akob tidak perlu ditanya lagi dengan siapa Wak Leman turun menjala,satu kampung sudah tahu bahawa Wak Leman bukanlah calang-calang orangnya kalau bab memburu dihutan tidak akan pulang dengan tangan kosong,pernah satu ketika dulu Wak Leman keluar kehutan selama seminggu mencari kayu gaharu hanyalah seorang diri saja tanpa ditemani sesiapa mahupun anak-anaknya.Sedari kecil lagi Wak Leman sudah diajar ilmu selok belok masuk hutan oleh ayahnya seorang bomoh yang handal mengubati orang dan juga mencari orang-orang sesat dalam hutan,segala ilmu bomoh kini diturunkan pula pada Wak Leman sebelum arwah ayahnya meninggal hampir 10tahun lalu,Sayangnya Wak Leman tidak pernah menggunakan ilmu bomoh yang ada pada dirinya untuk mengubati orang yang sakit.
                 “Kamu ni Sahak minggu lepas lagi aku tengok asyik pasang bola sama je apa tv kamu nih tak ada cerita lain gamaknya?”Pak Akob merepek disedut sedalam-dalam asap gudang garam berkepul-kepul asap dihembus keluar tak ubah seperti serombong kapal.
                “Alaa Pak Akob ni takkan nak pasang cerita hantu dibuatnya semua orang kampung ni tidur dalam kedai saya malam ni..nanti bini-bini diaorang kat rumah mengamuk sakanlah”.Jawab Sahak dengan penuh lembut dan sopan.
              “Tak adanya bini-bini dia orang ni nak mengamuk pasal apa pulak…bukannya kamu ni perempuan?”. Sampuk Dollah membuatkan satu kedai ketawa.
               “Lantak kamulah Dollah..dah 2 jam teh o tak habis-habis lagi kejap lagi aku dah nak tutup kedai kamu nak jadi jaga kat warung aku ni ke Dollah” Sahak mencebikkan bibirnya yang tebal tak ubah seperti bibir yang disengat tebuan tanah,Dollah mati kutu memikirkan cara mengalahkan lawan dam entah berapa papan dihadapnya dari lepas maghrib hinggalah terlanjur ke larut malam hanya itulah aktiviti si Dollah,segelas teh kosong sudah cukup untuk dia menapak beberapa jam setiap hari.