Sudah 2 hari hujan lebat lebat tanpa henti tanda-tanda awal banjir akan berlaku lagi di kawasan pantai timur..musim begini sememangnya ditunggu oleh sesetengah penduduk kampung yang mencari rezeki dengan menjual hasil tanaman dan hasil pencarian yang berkaitan dengan musim banjir..bermacam-macam hasil jualan yang ditanam sendiri.
ubi kayu antaranya yang paling mendapat sambutan tinggi selain dari ikan sungai...harga ubi kayu akan meningkat tinggi antara RM3 hingga RM5 sekilo berbanding pada musim biasa hanya RM2 sekilo sahaja..makanan alternatif musim banjir tak kira pangkat..usia..mahupun status..ubi kayu mesti popular punya... Bila makan rebus cicah kelapa tambah pula dengan kopi O panas...maunya sekilo tak cukup...hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan