Selasa, 23 Disember 2014

The Battle Of The Five Army

Tak sabar rasanya nak tengok sambungan ke 3 Filem yang mengisahkan sekumpulan pahlawan kerdil yang masih lagi diketuai oleh Ian Mckellan yang memegang watak sebagai Gandalf dalam Ke3 siri filem ini.Walaupun sebahagian besar pelakon yang beraksi dalam siri The Hobbit ini adalah pelakon asal ke3 siri trilogi L.O.T.R dulu masih lagi memegang watak masing-masing antaranya Orlando Bloom yang masih mengekalkan wataknya sebagai pemanah tepat..filem yang diadaptasikan dari novel fantasi karya J.R.R TOLKIEN ini berjaya difilemkan.
Pics from Google image



The Battle Of The Five Army adakah ia siri terakhir atau masih lagi mempunyai sambungan seterusnya.
Filem terbaik yang diarahkan oleh Peter Jackson setelah kejaayan beliau mengarahkan ke3 siri L.O.T.R beberapa tahun dulu,banyak lagi filem arahan beliau yang tak sempat aku ikuti hanyalah 2 siri trilogi ini sahaja yang berjaya memikat hatiku untuk mengumpul kesemua 6 daripada 2 siri filem trilogi arahan beliau...tahniah atas kejayaan beliau..harap selepas ini akan ada lagi filem Trilogi seperti ini....apapun jom kita sama-sama tengok filem yang akan ditayangkan Disember ini.. 

Isnin, 15 Disember 2014

Gelombang Kedua Pula

Sudah 2 hari hujan lebat lebat tanpa henti tanda-tanda awal banjir akan berlaku lagi di kawasan pantai timur..musim begini sememangnya ditunggu oleh sesetengah penduduk kampung yang mencari rezeki dengan menjual hasil tanaman dan hasil pencarian yang berkaitan dengan musim banjir..bermacam-macam hasil jualan yang ditanam sendiri.
ubi kayu antaranya yang paling mendapat sambutan tinggi selain dari ikan sungai...harga ubi kayu akan meningkat tinggi antara RM3 hingga RM5 sekilo berbanding pada musim biasa hanya RM2 sekilo sahaja..makanan alternatif musim banjir tak kira pangkat..usia..mahupun status..ubi kayu mesti popular punya... Bila makan rebus cicah kelapa tambah pula dengan kopi O panas...maunya sekilo tak cukup...hahaha 

Sabtu, 9 Ogos 2014

Lagi lagi Expandable

Selepas kejayaan filem pertama dan kedua siri The Expandable kali ini filem tersohor keluar lagi dengan siri ke3.Filem terbitan LIONSGATE kembali beraksi dengan sekumpulan otai-otai king yang sememangnya dinantikan kemunculannya beraksi.Walaupun watak otainya dikekalkan namun ada lagi watak baru yang ditambah untuk menguatkan lagi pasukannya berperang menyelamatkan tebusan antara watak baru yang diambil dalam siri ke3 kali ini  ialah Antonio Banderas..Mel Gibson..Glenn Powell..Harisson Ford..Wesley Snipes..Randy Couture..&ramai lagi tak habis lah nak sebutt...













Walaupun siri kedua watak Jet Li ditiadakan tetapi kali ini Watak Jet Li dihidupkan semula bagi menguatkan lagi filem Expandable...Bagi anda yang meminati siri ini pastinya anda tidak akan ketinggalan untuk menonton dan menilai sendiri kelemahan dan kekuatan yang ada pada filem ini...itu cuma ulasan saya....apa pula ulasan anda...apa pun jom sama-sama kita tonton... :)

Ahad, 8 Jun 2014

Mati Semut Kerana Gula

Pepatah menyebut kerana gula mati semut...begitu juga dengan kisah sekumpulan semut yang sanggup berperang demi berebut setin gula yang dicuri di tempat si manusia yang sedang berkhelah....pertempuran antara semut hitam dengan sekumpulan semut merah yang datang menceroboh di istana dengan membawa bermacam senjata seolah-olah kita menonton filem trilogi L.O.T.R suatu ketika dulu...huhu menarik kan..itu hanya sebahagian dari ulasan sebuah movie bisu yang terbaru  Minuscule Valley On The Lost Ants
sebuah filem yang mengisahkan sekumpulan serangga halus yang sanggup bertarung dengan berbagai halangan demi menyelamatkan makanan yang dibawa untuk dipersembahkan pada si raja yang sedang menunggu dalam istana...kesimpulannya walaupun cerita ni tidak menggunakan sepatah suara dari manusia mahupun sarikata tetapi dapat kita fahami jalan cerita apabila anda menonton filem ini nanti.

Jumaat, 23 Mei 2014

Jangan Sekadar Naik Saja

Negara kita ni terlalu banyak bilangan kenderaan yang bermaharajalela di jalanraya bermacam macam jenama dan model..semakin hari semakin bertambah...jumlahnya.Yang pasti kadar kemalangan maut pun semakin bertambah dari hari ke hari... Tapi apa kaitan dengan aku pulak...hehe sebut pasal kenderaan ni mungkin juga korang jarang tahu dari mana..jenis apa..model apa...keluaran apa..dari negara mana kenderaan ni dikeluarkan...but dont worry..kali ni aku nak berkongsi dengan anda semua tentang negara asal kenderaan yang anda miliki sekarang.Just sekadar ingin tahu dan berkongsi maklumat sahaja.

Berikut dibawah ni adalah sebahagian dari Negara pengeluar kenderaan yang aku tahu laa...

Jepun
Daihatsu, Hino, Honda, Infiniti, Isuzu, Lexus, Mazda, Mitsubishi, Mitsuoka, Nissan, Subaru, Suzuki, Toyota

Korea
Daewoo, Hyundai, KIA, Ssangyong

China
Aofeng, BAW, Besturn, Brilliance, BYD, Chana, Changhe, Chery, Dongfeng, Freewind, Geely, Gonow, Hafei, Haima, Hawtai, Hongqi, JAC, Jiaxing, Jinbei, Jubao, Kaima, Lifan, Maple, Nanjun, Qingling, Rely, Riich, Soueast, Soyat, Vita, Xiali, Youngman, Yuejin 

Taiwan
Kuozui
 
India
Mahindra, Tata

Malaysia
HICOM, Perodua, Proton

Australia
Bufori, Holden

USA
Acura, Buick, Cadillac, Chevrolet, Chrysler, Dodge, Fisker, Ford, Freightliner, GMC, Jeep, Lincoln, Mack, Ram, Rossion, Saleen, Scion, Thomas Built, Vector, Western Star

UK
Ascari, Aston Martin, Bentley, Ginetta, GKD, Jaguar, Land Rover, Lotus, McLaren, MG, Mini, Morgan, Noble, Rolls-Royce, Sebring, TVR, Vauxhall

Jerman
Audi, BMW, Gumpert, Isdera, Maybach, Mercedes-Benz, Man, Opel, Porsche, Setra, Smart, Volkswagen, Wiesmann

Perancis
Bugatti, Citroen, Hommell, Peugeot, PGO, Renault

Itali
Abarth, Alfa Romeo, Ferrari, Fiat, Iveco, Lamborghini, Lancia, Maserati, Pagani

Republik Czech
Skoda

Sweden
Koenigsegg, Saab, Scania, Volvo

 






Selasa, 21 Januari 2014

Kuih Tradisional yang cukup Simple

Dah lama aku tak post mengepost edit mengedit blog ni disebabkan tiada bahan yang sesuai untuk aku masukkan kat dalam ni.Tapi malam ni aku nk bagi idea,rasa dengan resepi sekali kat korang.KUIH CARAU haaa tentu korang semua pernah makan kuih ni tapi tak pernah buat sendiri maybe ada sebab-sebab tertentu yang paling first alasan selalu dengar..malas nak buat...tak ada masa...tak pandai...tak cukup bahan... huhu macam-macam lagi.Dont worry ambik resepi ni belajar buat sendiri lagi jimat duit satu family boleh makan sampai kembung gilerr...

KUIH CARAU

Bahan-bahannya

1kg tepung gandum (anggaran makan 1 family)
2 cawan santan kelapa
4/5 helai daun pandan (potong halus blend jadikan air pandan)
1/2 cawan gula ( untuk dibuat inti )
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya

1. masukkan tepung gandum dicampur dengan air daun pandan dan juga santan kelapa tadi,gaulkan biar cair dan sebati supaya tiada ketulan tepung.Campur sedikit garam.

2. Kemudian bakar didalam sarang dan letakkan gula sebagai inti.bila masak sedia untuk dimakan...

3. Selamat menjamu selera bersama family.