Memancing
di Tasik Kenyir tidak harus dilepaskan setelah sekian lama dirancang
namun menjadi kenyataan pada awal tahun ini aku dan rakan-rakanku
menjejakkan kaki ke sana untuk Trip memancing di hulu sungai Tasik
Kenyir dengan menyewa sebuah houseboat bersaiz sederhana yang muat
seramai 13 orang,
|
Toman seberat 3.2kg rezeki diwaktu pagi |
|
Inilah hasil casting aku dan geng2ku dihari pertama |
Trip
selama 3hari 2malam ini penuh dengan acara memancing,perjalanan selama
5jam dengan menaiki houseboat bermula dari jeti Empangan Hidro Tasik
Kenyir menuju ke hulu sungai diketuai sepupuku yang bertugas sebagai
juruteknik TNB di Stesen Janakuasa Sultan Mahmud (Tasik Kenyir).
|
hasil casting hari ke2 |
|
Rezeki hasil dari memancing dengan geng2 |
Kepuasan terpancar
pada wajah-wajah geng2ku semua apabila dapat merasa trip memancing di
hulu sungai bermacam-macam acara memancing mengunakan umpan buah kelapa
sawit peram,umpan dedak,umpan perut ayam dan paling memuaskan sekali
adalah umpan casting,mangsa casting adalah Sebarau dan Toman.
|
menjamu selera ditengah2 kehijauan tasik |
|
|
Sarapan pagi dengan nasi lemak ala cafe |
Hasil tangkapan ikan baung dengan
sebarau dimasak gulai tempoyak..fuhhh sungguh menyelerakan satu periuk
13 orang makan sekali serang habis licin.
|
Pemandangan diwaktu subuh |
|
Indahnya Tasik Kenyir |
Sekiranya
anda berminat untuk datang bercuti ditasik Kenyir anda bolehlah datang
ke Negeri Terengganu buat tempahan houseboat mengikut kemampuan
individu.banyak lagi tempat-tempat yang menarik yang boleh anda lawati
di sekitar Tasik Kenyir.