Sabtu, 22 Mac 2014

Dari Game Kini Ke Panggung

Pastinya para peminat movie tahun 2014 tidak sabar menunggu sebuah lagi movie yang cukup hebat ditayangkan di pawagan, NEED FOR SPEED filem yang diadaptasikan dari sebuah permainan komputer mahupun Playstation kini menjadi kenyataan.Filem ala-ala Fast And Furious ini yang memaparkan aksi perlumbaan kereta jenis supercars yang akan membuatkan para peminat tidak sabar untuk menonton..kesimpulannya dapatkah filem ini menewaskan kesemua siri The Fast And The Furious....apa pun kita sama-sama tengok nanti.
Image From GOOGLE

Selasa, 18 Mac 2014

Kisah Seram Di Tempat Memancing

Petang seperti kebiasaan setiap hari aku ke tempat memancing di kawasan Takungan air Empangan di kampungku bersama beberapa rakan seperjuangan,tetapi hari ini dia orang tak dapat ikut serta entah kenapa...mungkin ada urusan diaorang agaknya...
"ahh tak mengapalah sorang pun aku boleh pergi kalau setakat nak mancing tu bukannya lama sangat" Rungutku dalam hati. walaupun berhampiran dengan padang bola kebiasanya sebelum maghrib kita orang akan balik memandangkan tempat aku memancing tu banyak halangan,tempat pun memang sunyi dan jauh dari jalan.Setibanya aku ditempat memancing 
"aiikk...apasal budak-budak ni tak main bola hari nih biasa dah ramai yang kumpal kat padang nih...".Bisikku sendirian setelah lalu dikawasan padang bola kulihat jam di handset tepat jam 4.00 petang tanpa membuang masa aku terus mengisi umpan didalam rajut kecil bertujuan mengumpan ikan dahulu sebelum aku melabuhkan pancing.Sebaik aku mencampakkan rajut berisi umpan perut ayam kedalam air aku terus mencampakkan pancing ku,menunggu sang ikan merentap kail belum pun sampai setengah jam aku menunggu kail namun dalam masa itu juga tiba-tiba datang angin bertiup perlahan dari arah seberang sungai dapat aku rasakan ada sesuatu yang tak kena lantas aku biarkan sahaja tiupan agin berlalu dengan perasaan yang dah mula resah.Namun sangkaan ku itu tepat sekali bahawa angin yang datang itu membawa bunyi suara seorang wanita yang mengerang kesakitan pada mulanya aku sangkakan suara itu datang dari arah padang bola manalah tahu kalau suara budak-budak.
"Aduuuiiihhh suara siapa laa pulak tiba-tiba bunyi ni...petang nih aku duk sorang nih".Bisikku dalam hati dengan perasaan yang serba salah namun sangkaan ku sekali lagi meleset setelah suara mengerang itu semakin dekat denganku lantas aku memberanikan diri untuk bangun menoleh sekelilingku.Namun tiada seorang pun kelibat manusia yang datang,kalau ada pun kenapa orang perempuan yang datang..
"ahhh..buat tak reti ajelah.."Aku cuba memberanikan diri lagi untuk mengsahihkan suara itu datangnya dari arah mana walaupun aku tahu dari cerita orang tua yang tinggal tak jauh dari tempat aku memancing tu selalu menceritakan bahawa kawasan tempat tu memang keras dan sudah ramai yang pernah kena macam macam.
"Ahhhh...itu cerita orang tua mengarut belaka..tak nak bagi orang mancing situ pastu buka cerita karut marut...".Rungutku dengan perasaan yang semakin takut.namun makin lama makin kuat suara itu datang secara tiba-tiba bulu romaku meremang lantas tanpa menunggu lama aku terus menngangkat kailku dan mengemaskan barang dan terus beredar dari situ.